Awas! Elakkan Dari Pinjam 7 Benda Ini Dari Orang Lain



Tabiat manusia yang suka pinjam meminjam barang orang memang susah untuk dihindarkan pada zaman sekarang . Kebanyakan benda memang diciptakan untuk digunakan secara peribadi dan tidak sesuai untuk dikongsi dengan sesiapa pun. Artikel di bawah menyenaraikan benda yang digunapakai oleh kita seharian yang amat tidak sesuai untuk dikongsi dan dipakai lebih dari satu orang.
Apakah benda yang dimaksudkan itu? Berikut 8 benda yang ternyata berbahaya jika dipinjamkan.

1. Selipar/Sandal/Kasut



Selipar seringkali dianggap sebagai barang milik bersama oleh anggota keluarga atau teman-teman sekitar kita. Padahal, tahukah anda yang selipar mengandung bakteria yang berasal dari kaki si pemilik. Jika digunakan orang lain, secara automatik bakteri tersebut secara tidak langsung akan hinggap dan berjangkit kepada kaki si peminjam. Jadi awas lepas ini sebaiknya gunakan selipar masing masing ya.

2. Headset/Headphone 



Sama seperti kaki, telinga juga salah satu bahagian tubuh yang menyimpan banyak bakteria. Bakteria itu tentunya akan hinggap di headset yang kita gunakan sehari-hari. Jadi tak perlu lagi diberi pinjam headset kepada orang lain atau kita meminjam headset orang lain kerana secara tak langsung bakteria di headset akan berjangkit kepada kita dan sebaliknya.

3.  Pisau Cukur




Khasnya kepada orang lelaki pastinya menggunakan benda yang satu ini. Jangan pernah menggunakan pisau cukur secara bersama dengan sesiapa pun walaupun dengan saudara sendiri. Benda tajam itu mungkin saja pernah membuat penggunanya luka. Jadi, pisau cukur tersebut berisiko menghadirkan banyak penyakit berbahaya untuk si peminjam.
Penyakit seperti tetanus, hepatitis, bahkan HIV boleh saja menimpa peminjam jika si pemilik pisau cukur tergolong dalam kelas penyakit tersebut. Tentu kamu pernah dengar kes-kes dimana orang yang terkena HIV hanya kerana pergi ke tukang cukur yang menggunakan satu pisau cukur untuk banyak orang.

4. Berus Gigi




Benda yang satu ini rasanya tak perlu lagi diberi tahu bahayanya jika digunakan lebih dari satu orang. Pelbagai bakteria yang ada di berus gigi seseorang seperti E. Coli, Staphylococcus aureus hingga sisa-sisa makanan yang tersangkut adalah bakteria yang mungkin saja 'ditransfer' ke mulut si peminjam.

5. Stokin dan Pakaian Dalam




Dua benda ini juga pastinya tidak boleh kamu gunakan bersama dengan orang lain. Stokin kaki apatah pakaian dalam adalah barang peribadi kamu yang seharusnya hanya digunakan oleh kamu seorang. Jika masih suka dan saling pinjam-meminjam kedua benda ini, maka kamu memang siaplah terkena pelbagai penyakit kulit atau penyakit seumpamanya yang lain.

6. Krim




Masker, serum dn krim wajah termasuk dalam kategori benda atau barang yang hanya digunakan untuk satu orang. Produk ini adalah dicipta berkait rapat dengan wajah kita yang dipenuhi oleh berjuta juta bakteria. Jadi pemilik krim secara langsung kena pastikan tiada sesiapa boleh meminjam krim anda kelak nanti krim tersebut akan terkontiminasi dengan orang lain punya bakteria.

7. Topi




Topi adalah satu benda yang paling ramai orang suka pinjam meminjam dan ternyata topi merupakan benda yang berbahaya jika digunakan oleh orang ramai. Ini kerana dengan mudahnya segala bakteria di kulit kepala pemilik topi seperti ketombe, kutu, tungau bantal akan hinggap di kepala si peminjam. Jadi selepas ini elakkan untuk meminjam topi orang lain ya.

KREDIT: https://jalantikus.com/gokil/benda-berbahaya-jika-dipinjamkan/
Home